Isnin, 25 Januari 2010

Sutera haram untuk pakaian lelaki.

Ketahuilah bahwa Allah Subhanahu Wa Ta‘Ala dan Rasul-Nya telah melarang kita untuk tidak memakai pakaian dari bahan Sutera.Tapi larangan ini hanya berlaku bagi lelaki, bagi Perempuan boleh memakainya.

Berikut dalil-dalil pelarangannya:

Dari Umar bin Khathtab RA, dia berkata; Rasulullah Shallallahu ‘Alahi Wa Sallam bersabda, “ Janganlah kamu sekalian memakai kain sutera, kerana sesungguhnya orang yang memakainya di dunia, maka kelak di akhirat ia tidak akan memakainya. „ (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Umar bin Khathtab RA, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alahi Wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya orang yang memakai kain sutera (ketika di dunia) adalah orang yang tidak akan mendapat bahagiannya kelak (di akhirat). „(HR. Bukhari dan Muslim)

Dan dalam riwayat Bukhari dikatakan, “Orang yang tidak akan mendapat bahagian sutera, kelak (diakhirat).

Dari Anas RA, dia berkata, “ RasulullahShallallahu ‘Alahi Wa Sallam bersabda,“ Barangsiapa yang memakai kain sutera di dunia, maka ia tidak akan memakainya di akhirat. „ (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Ali RA, dia berkata, “ Saya melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alahi Wa Sallam memegangkain sutera di tangan kanannya, dan memegang emas di tangan kirinya, kemudian bersabda, “ Sesungguhnya dua benda ini adalah haram bagi laki-laki dari umatku.„ (HR. Abu Daud dengan sanad yang hasan)

Dari Abu Musa Al Asy’ari RA, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alahi Wa Sallam bersabda, “ Diharamkan memakai kain sutera dan emas bagi umatku yang laki-laki, dan dihalalkan bagi umatku yang perempuan. „ (HR. Tirmidzi, hadits hasan shahih)

Dari Hudzaifah RA, dia berkata, “ Nabi Shallallahu ‘Alahi Wa Sallam telah melarang kami untuk minum dan makan menggunakan bejana emas dan perak, dan melarang kami untuk memakai kain sutera baik yang tipis maupun yang tebal, serta melarang kami untuk duduk diatasnya. „ (HR. Bukhari)

Dari Muàwiyah RA, dia berkata, “ RasulullahShallallahu ‘Alahi Wa Sallam bersabda,“ Janganlah kamu sekalian memakai alas dari kain sutera dan jangan pula diatas kulit harimau.„ (HR. Abu Daud dan yang lainnya dengan sanad yang hasan)

Beliau Shallallahu'Alaihi Wa Sallam juga pernah bersabda :

“Akan ada di kalangan ummatku suatu kaum yangmenghalalkan zina, sutera, khamar, dan alat musik.” (HR. Bukhari dan Abu Daud)[1]

Asy Syaikh Jamil Zainu berkata tentang Hadits ini :“Bahwasannya akan ada suatu kaum di kalangan Muslimin yang mereka meyakini bahwa zina, memakai sutera asli, minum khamar, dan musik itu halal, padahal haram.”[2]

Diriwayatkan dari Ibnu Umar Radhliallahu 'anhumaia berkata : Umar mengambil sebuah jubah dari sutera tebal yang dijual di pasar,lalu ia datang kepada Rasulullah dan berkata: "Ya Rasulullah, belilah jubah ini agar engkau dapat berdandan dengannya pada hari raya dan saat menerima utusan yang menghadap engkau.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada Umar :'Ini adalah pakaiannya orang yang tidak memiliki keimanan/ pakaian orang-orang kafir'. Setelah itu Umar tidak menampakkan diri beberapa hari yang dikehendaki Allah. Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengirimkan kepadanya jubah sutera. Umar menerimanya lalu mendatangi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Ia berkata :

'Ya Rasulullah, engkau pernah mengatakan : 'Ini adalah pakaiannya orang kafir dan engkau telah mengirimkan padaku jubah ini'. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada Umar:'Juallah jubah ini atau engkau penuhi kebutuhanmu dengannya". (HaditsRiwayat Bukhari 886,948,2104,2169, 3045, 5841,5891 dan 6081. Muslim 2068, AbuDaud 1076. An-Nasaa'i 3/196 dan 198. Ahmad 2/20,39 dan 49)

Akan tetapi Rasulullah Shallallahu ‘AlahiWa Sallam memberikan pengecualian yaitu membolehkan memakai Pakaian Sutera bagi yang berpenyakit Kulit (Gatal)

Dari Anas RA, dia berkata, “ RasulullahShallallahu ‘Alahi Wa Sallam telah memberikan rukhsah (keringanan) kepada Zubair dan Abdurrahman bin Àuf RA untuk memakai kain sutera karena penyakit gatal-gatal yang diderita keduanya. „(HR.Bukhari dan Muslim)

Jadi, sebagai seorang Muslim, hendaklah kita segera menanggalkan apa-apa yang dilarang Allah Subhanahu Wa Ta 'Ala.

http://resepirahsiaku.blogspot.com/search/label

Bersungguh pertahan kalimah Allah, filem menghina tuhan dibenar tayang

Dilulus untuk paparan oleh brucekk
Berita Oleh: infodppsa

"Jika anda menyaksikan rancangan the making of "legion" di NTV 7 tengahari semalam, salah seorang aktornya memberikan kesimpulan kisah filem tersebut iaitu "Tuhan" telah bosan dengan manusia dan ingin menghapuskan mereka dengan menghantar para malaikat dan dibantah oleh ketua malaikat yang cuba menyelamatkan manusia.

Filem yang ditayangkan di Malaysia ini membayangkan betapa hipokritnya pemimpin UMNO. Tatkala mereka bermati-matian mempertahankan kalimah Allah, menggerakkan seluruh balaci mereka untuk membincangkan kepentingan memelihara kalimah Allah malangnya mereka tidak mempunyai hasrat langsung untuk mempertahankan akidah umat Islam dengan membenarkan penayangan filem yang mempunyai unsur menghina Allah.
Sehingga kini kita masih belum mendengar hatta satu teguran dari NGO-NGO ataupun pemimpin keris berkarat tersebut berkaitan filem yang boleh merosakkan akidah umat Islam ini.

Filem yang diarahkan oleh Scott Stewart dan dibarisi pelakon seperti Paul Bettany, Dennis Quaid, Kate Walsh, Adrianne Palicki , Willa Holland, Lucas Black, Tyrese Gibson dan Charlie S. Dutton ini bakal memusnahkan akidah umat Islam telahpun bermula 21 Januari 2010 yang lalu.

Kita memantikan respon dari seluruh umat Islam, samada mereka wajar mempertahankan kalimah Allah atau mereka wajar mempertahankan ALLAH.

Mereka yang tidak diberi cahaya oleh Allah

Oleh TG Haji Abdul Hadi Awang

Allah berfirman yang bermaksud, "atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap gelita di lautan yang dalam, yang diluputi ombak bertindih ombak, di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikian keadaanya) gelap gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengelurkan tangannya tidak dapat ia melihatnya sama sekali.

Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah - menurut undang-undang peraturan-Nya - mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka tidaklah ia akan memperolehi sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (Surah al-Nur:40)

Oleh kerana itulah Allah menyatakan dalam ayat ini yang bermaksud, sesiapa yang Allah kehendaki akan disesatkannya dan sesiapa yang ia kehendaki akan dijadikannya berada di atas jalan yang betul." (Surah al-An'am:30)

Sesiapa pun tidak boleh memberi hidayah kepada seseorang melainkan Allah sahaja. Sebab itulah kita disuruh sentiasa meminta petunjuk daripada Allah SWT.

Islam telah mengajar umatnya supaya melakukan perkara ini dalam solat mereka di mana di dalam Suratul Fatihah (yang menjadi rukun dan wajib dibaca di dalam solat), setiap orang islam membaca ayat yang bermaksud, "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.) (Surah al-Fatihah:6)

Orang Islam yang mengerjakan sembahyang pasti membaca surah ini sekali gus bererti mereka sentiasa memohon petunjuk daripada Allah SWT.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "katakanlah (hai Muhammad):"khabarkanlah kepada aku, jika datang kepada kamu azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru selain Allah (untuk menolong kamu) jika betul kamu adalah orang-orang yang benar?" (Surah al-An'am :40)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bagaimana segala ketentuan Allah tidak boleh sesiapa pun mengubahnya. Allah akan buat apa yang Dia kehendaki dan setiap urusannya apabila Dia berkata jadilah maka jadilah perkara itu dengan kehendak-Nya jua tanpa ada sesiapa pun boleh menghalangnya walau sedikit pun.

Begitulah dalam urusan menurunkan azab dan berlakunya hari kiamat. Ayat ini Allah memerintahkan nabi Muhammad supaya bertanyakan orang-orang kafir itu tentang siapakah yang sebenarnya berkuasa untuk menghalang semua itu berlaku ke atas mereka, adakah berhala-berhala yang disembah selain Allah atau orang-orang yang berkuasa di muka bumi boleh menghalang semua itu berlaku. Adakah mereka sanggup menyeru tuhan atau sembahan atau orang yang berkuasa selain Allah untuk menghalang dari semua itu berlaku?

Soalan yang diperintahkan ini sebenarnya adalah soalan menghina atau menempelak perbuatan orang kafir yang sengaja tidak mahu kembali kepada ajaran Allah sekali gus menyembah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Mereka sebenarnya mengetahui apa yang disembah itu atau manusia yang dipatuhi perintahnya selain Allah itu tidak berkuasa menghalang semuanya berlaku di hadapan mata mereka.

Allah berfirman yang bermaksud, "Bahkan Dialah (Allah) yang kamu serukan lalu ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadanya (supaya dihapuskan), jika ia dikehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah, dalam masa kamu ditimpa bahaya itu)." (surah al-An'am :41)

Yakni apabila mereka ditimpa musibah mereka tidak ingat lagi kepada berhala atau sesuatu yang mereka sembah dan patuh selain Allah, melainkan mereka akan minta pertolongan dari Allah, berhadap hati mereka kepada Allah, mengharapkan Allah membebaskan mereka dari bencana itu tidak lagi berharap kepada sembahan-sembahan mereka selama ini.

Saat itu mereka lupa kepada berhala dan tuhan-tuhan selain Allah. Penganut komunis pun ingat kepada Tuhan ketika mereka ditimpa azab atau nazak hampir mati sebagaimana berlaku kepada Lenin pemimpin besar komunis Rusia.

Apabila komunis hampir kalah pemimpin tersebut pernah meminta imam-imam masjid di Rusia sembahyang hajat memohon Allah memberi kemenangan kepada komunis. Inilah ragam mausia apabila kesempitan dan terdesak dihimpit musibah dan bencana dunia, mereka akan ingat kepada Allah.

Sebagai contoh apabila manusia ditimpa bencana dilambung ombak besar meggunung di lautan terbentang luas tidak bertepi, mereka merasakan mereka akan mati dengan bencana itu, di saat ini mereka lupa segala-gala yang lain melainkan Tuhan Yang Berkuasa Mentadbir Alam ini.

Tetapi selepas hilangnya musibah mereka kembali semula mengkufuri Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk yang kamu seru selain Allah, maka apabila ia menyelamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatinya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat Allah)." (Surah al-Isra':67)

http://presiden.pas.org.my

Di Antara Tuntutan Agama Dengan Kepentingan Berpolitik

Oleh Abdul Aziz Ismail

ISU penggunaan nama Allah telah menguji tahap pendirian beberapa tokoh politik dan agama tertentu dari parti politik tertentu untuk mempamirkan pendirian yang berbeza. Beberapa tokoh dari parti yang bukan berlatar belakangkan Islam menunjukkan pendirian agak liberal dengan membenarkan penggunaan nama itu dengan tafsiran mereka tersendiri.

Beberapa tokoh agama, ulama dan ketua dari parti yang berlandaskan Islam tidak melarang tetapi memberi amaran supaya diguna pakai di tempat yang sesuai demi mengelak disalah tafsir dan salah pengertian. Sesetengah mereka berpendapat ia boleh dipakai di negeri yang majoriti penduduknya bukan Islam dan ketua pemerintahnya bersetuju penggunaan nama itu sesuai dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Ada juga pemimpin agama yang tidak melarang penggunaan itu di negeri lain tetapi tidak di negeri asalnya sendiri kerana berpegang teguh pada kehendak hukum agama yang sebenar. Majoriti muslim dari banyak NGO dan parti pemerintah bertegas pihak gereja menarik balik penggunanan nama Allah dalam penerbitannya dan seharusnya memahami sentimen umum kebanyakan muslim yang mahukan nama itu ekslusif untuk Islam dan orang Islam.

Gulungan ini berpendangan bukan Islam khususnya kristian tidak boleh menggunakan perkataan dan kalimah itu kerana mereka ada sudah nama Tuhan mereka yang disebut dalam Bible sebagai Lord, God, Jesus dan beberapa nama lagi sejak sekian lama. Mengapa sekarang mahu mengguna kalimah Allah?

Segelintir pemimpin ulama dalam parti Islam sendiri bercanggah pendirian dengan keputusan umum kepimpinan pusat yang menentang keras pengunaan nama itu oleh orang bukan Islam. Tokoh agama dan ulama itu amat arif, disegani ilmunya dan cukup memahami kehendak hukum Islam yang sebenar berkaitan hal itu dan tidak mahu bertolakansur.

Mereka mahukan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung campur tangan dan menggunakan hak baginda sebagai payung agama melarang orang bukan Islam mengguna perkataan Allah dalam mana-mana penerbitan atau upacara keagamaan dalam apa situasi sekalipun. Ini kerana ia bertentangan dengan kehendak hukum Islam dan perintah Allah sebagaimana yang difahami oleh umat Islam yang sebenar. Gulungan ini langsung tidak mahu bertolak ansur dan berpegang kuat kepada perintah agama. Mereka mahu pihak kristian menarik balik penggunakan kalimah Allah dalam apa bentuk penerbitannya dan mendesak Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan mengenai keputusan isu secara muktamad.

Dalam situasi yang wujud ini umat Islam di negara ini seolah-olah berada di dua persimpangan jalan. Menurut kehendak hukum agama yang sebenar seperti yang ditafsir oleh ulama berautoriti dan berkelibar atau mengikut kehendak pemimpin Islam berfaham sederhana (liberal) yang ada alasannya sendiri dari kefahaman tafsiran Islamnya yang tersendiri.

Selagi Mahkamah Rayuan belum membuat keputusan resmi tentang kedudukan sebenar pemakaian nama Allah itu, muslim di sini boleh jadi keliru dan mungkin membuat keputusan sendiri-sendiri berdasarkan kefahaman, pertimbangan dan kecenderungan politik mereka.

Pengikut setia dari parti politik tertentu bukan pemerintah boleh menurut pendirian ketua mereka berdasarkan faham politik masing-masing. Jika ketua berfikir penggunaan nama itu wajar dan boleh diterima sesuai dengan kefahaman mereka, pengikut harus menerima keputusan itu sebagai mematuhi kehendak parti walaupun mungkin dalam hati mereka wujud kekeliruan atau ada pendirian sendiri tentang hal itu.

Bagi muslim dari parti Islam yang berpegang teguh dengan hukum dan peraturan Islam hal sebaliknya boleh berlaku. Mereka boleh mengikut pendirian parti dan kehendak ketua yang sudah diputuskan atau mereka boleh mengikut pendirian ulama tegar dalam kelompok partinya sendiri yang tidak bertolak ansur dalam isu itu dan mahukan orang bukan Islam dilarang menggunkan perkataan itu dalam apa situasi dan kondisi.

Setengah pihak berpendapat perbezaan pendirian oleh umat Islam dalam hal itu adalah lumrah dan boleh diterima. Setiap individu ada pandangan yang berbeza mengeni sesuatu isu apatah lagi hal itu didakwa sudah dikaitkan dengan kepentingan politik dan perbezaan ideolgi perjuangan parti masing-masing.

Mereka boleh mendedahkan pendapat yang berbeza mengenai soal agama dan hukum Islam atas dasar tidak selaras dengan kehendak parti pemerintah yang dikatakan sengaja mengwujudkan isu itu untuk kepentingan politik mereka. Dengan kata lain, mereka sengaja mengambil keputusan dan pendirian yang berlainan untuk menunjukkan penentanagan kepada dasar kerajaan dan pada waktu sama cuba memikat hati pengundi orang bukan Islam supaya faham pendirian mereka.

Jika hal demikian berlaku seolah-olah bermakna setiap ahli politik boleh mempamir pendirian yang berbeza pada isu yang berbeza sebagai bantahan kepada apa juga dasar kerajaan walapun ia menyangkut soal hukum agama. Mereka bertindak dengan sengaja untuk menunjukkan protes dan pendirian yang berlainan walaupun dari segi hakikatnya ia sudah menyentuh soal hukum hakam Islam sebenar dan kepatuhan kepada perintah tuhan tanpa kompromi.

Rakyat yang boleh berfikir dan umat Islam berhak bertanya mana yang lebih utama dan perlu diutamakan; di antara kepatuhan kepada hukum agama seperti yang seharusnya mengikut landasan Islam sebenar tanpa tolak ansur atau menurut kehendak parti dan kepentingan politik yang juga perlu diperhatikan dalam konteks perjuangan.